Ibuku
09 February 2010
Tak tahu nak blog tentang apa. Lagipun kinda busy with some stuff. Tutorial (eh ada tutorial ke?) and all that. Sekarang rajin nak revise balik tau lepas kelas. Haha.
*terdengar perut berkeroncong*
Hari ini, bangun pada pukul 10.32AM, terdengar suara Lia memanggil-manggil dari tingkap bilik Hilmi. Seperti biasa, tidur di bilik rakan serumah hahaha. Melihat jam dekat handphone, lalu berkata "Alahhh baru 10.30 kot!" haha tapi dalam hati dah cuak. Fuh fuh
Siap-siap, around 10.45AM gerak pergi kampus. Eh lupa nak bagitau yang kelas start pukul 11AM tapi jalan still macam kura-kura. Well at least 15 minutes late. Teehee kiranya ada setengah jam till 11.15AM. Sampai kampus, beli coffee dutch lady. Lia belanja. Thanks ye Kak Thigh Besar ahaha.
Lepas tu, bila sampai kelas, tak masuk dulu. Sebab not sure kalau kelas memang dekat situ. So we were waiting for the others for a while then baru kitorang masuk heh. Dalam kelas, berpeluh-peluh sebab :
- Ada ramai classmates
- Duduk rapat-rapat
- Lagi-lagi duduk sebelah foreigner wtf (tapi yang ini bukan sebab berpeluh-peluh hahaha)
- Ada air-cond macam takde air-cond
- Duduk atas kerusi baru heh (lagi sekali yang ini pun bukan sebabnya)
So far, (tadi kelas Field Theory) boleh aje faham lecturer tu ajar but beliau pun macam ada jugak salahnya but heh diam aje laaa. Kat nota tulis micro, dia tulis mili. Entahlah. Maka 2 jam pun berlalu...
Habis kelas, pergi Plaza Siswa (PS) dan makan. Perbelanjaan brunch pada hari ini : RM4. What an achievement! Haha dulu biasanya mengada-ngada nak makan western punya meal. Sehari boleh cecah RM10 untuk brunch sahaja -____-" Eh sekarang aku pun tak tau cerita pasal apa. Haha.
BTW, aku baru tahu yang mamaku sayang merupakan seorang silent reader setelah membaca post kakakku haha. Nasib baik anakmu kini tidak menggunakan bahasa kesat atau rojak yang membuatkanmu meradang atau susah memahaminya kan kan? Okay dah agak berbelit-belit. Mama, anakmu ini merinduimu hehehe. Aku mana boleh kalah dengan kakak aku. Kau ingat kau sorang je yang boleh tulis kau rindu ibuku? (Oh, salah satu contoh conversation kitorang adik-beradik but of course, dalam bahasa melayu-brunei heh)
Okaylah malas nak cerita panjang-panjang. Sedang bersedia untuk mandi. Lepas tu lepas tu lepas tu jom buat revision untuk Analog Comm System pulak. ![]()
Bye.
RSS Feed
Twitter
